Tatkala diri makin terpulau daripada daratan realiti oleh lautan fantasi, lahirlah 3 sajak kerdil hasil kudrat minda yang kian gersang dan makin songsang.
1)
MAHARAJA CAKERAWALA
Lontarlah bola ke langit!
Nescaya dengan kuasa graviti
tidak akan ia sampai ke bima sakti
ke bumi juga ia kembali.
Manusia tewas akibat batasan diri
Dalam persaingan dengan alam.
Keputusannya langsung tidak sengit!
‘Ah,’ balas manusia, ‘kita tempatkan
bola itu ke dalam roket!’
Maka berangkatlah bola itu ke angkasa
dan manusia melompat kegirangan
yakin diri mereka perkasa
layak diberi gelaran
maharaja cakerawala.
‘Siapakah tuhan?’ tanya mereka.
Mereka tidak fikir
bahawa langit yang mutakhir
kian menjauhi mereka.
2)
PORTRET SI PUJANGGA
Sempena hari-jadi kedua puluh
penyajak Iklil Hasya
Berusmu pena.
Kanvasmu kertas.
Warnamu bahasa.
Engkau si pujangga
melakar wajah kehidupan
dengan aksara
menconteng syaitan kezaliman
dengan kata
melukis kegirangan kesedihan
dengan mata yang tulus
dari hati yang kudus.
Jangan sesekali meletakkan penamu
Demi menyahut seruan hawa nafsu
atau mendengar pujukan kalbu
mereka yang tidak mengerti
akan pentingnya seni ini.
Pretentious? Stuck-up? Worst poems ya ever read in your entire life? Feel free to comment!
No comments:
Post a Comment